Minggu akhir sebelum imtihan. Teringin nak mencoret sesuatu.
Terfikir-fikir pula...
Hidup ini, orang kata seperti roda. Kdg2 kita di atas,
di lain waktu pula kita akan di bawah.
Yang bila berada di atas itulah, yang rasanya hidup ni indah belaka.
Rasa mcm semuanya lengkap dan sempurna.
Rasa gembira sgt, yang kdg kala... menyebabkn kelupaan pada Tuhan.
Manusia diciptakan sbg makhluk terbaik atas muka bumi.
Tapi yang terbaik itu la yg kdg2 lupa nak berterima kasih pada Penciptanya.
Mmg susah sebenarnya nak lekat pada terbiyyah.
Ada masa rasa diri mahu pada kebaikan, ada masa jugak rasa mcm asyik lagho aje.
Untuk hidup ni, manusia mmg perlukn byk motivasi.
Memang perlukan peringatan spnjang masa.
Tapi, lebih baik kalau pesanan yg satu ini tak kita lupakn,
memadai utk kehidupan sepanjang hayat kiranya difahami dan dihayati;
Ingat Allah di waktu senang, pasti Allah tak lupakan kita di waktu sukar.
Walau apapun, berserahlah pada Dia kerana Dia yg menentukan sglnya.
Sesungguhnya Tuhan tak pernah lupakan kita.
Tuhan lebih dekat dgn manusia itu daripada urat lehernya sendiri.
"Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan
mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya
dan Kami lebih dekat daripada urat lehernya (Al Qaaf:16)"















