pernah tak kau terfikir bahawa aku jugak manusia
ada perasaan sedih dan ingin disogokkan dengan kata-kata yang memujuk
kadang-kadang aku pelik
kenapa kau takpernah menunjukkan seolah-olah kau faham
bahawa aku juga tahu marah dan sakit hati
dan mahu ditenangkan
aku rasa aneh jugak
bila aku lihat kau macam takpernah tahu bahawa aku manusia
yang mungkin lagi berganda-ganda letih dari kau di sini
yang entah macammana emosinya
yang entah ok atau tak
kau tahu kenapa kau di sana dan aku di sini?
mungkin kalau aku di tempat kau
aku dah lama mati dek lemahnya aku
entah la kan
mungkin kau takpernah terfikir
untuk sekali sekala memberi kata-kata yang mampu membuat aku rasa
bukan aku saja yang beriya-iya dalam persahabatan tu
salah aku jugak
kerana takpernah membuka ruang
agar kau mampu lihat berapa kali hati aku tercemar dengan air mata
yang aku diamkan selama ni
kan?
ps. aku tahu kita kawan. dan aku tahu, aku masih sayang friendship ni. ok?
(tak mampu nak buat smiley)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar